My Add

Saturday 11 August 2012

Sindiket dadah tumpas


*NOOR Rashid Ibrahim (kanan) menunjukkan salah satu bahan pemprosesan dadah pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh ROZIANAH RISMAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 10 Ogos, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat satu lagi kejayaan besar apabila menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa dengan penahanan 20 warga asing dan seorang rakyat tempatan serta merampas sejumlah dadah bernilai RM6 juta, semalam.

Operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di lima buah kondominium mewah di Jalan Mount Kiara, Jalan Ipoh, Petaling Jaya dan Cyberjaya, kira-kira pukul 3 pagi.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, operasi bermula dengan tertangkapnya empat lelaki warga Iran di sebuah kondominium di Mount Kiara bersama dadah jenis syabu yang ditemui di dalam 218 unit silinder besi kecil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment