My Add

Friday 17 August 2012

Penduduk Kampung Pindah tuntut keadilan

*ABDUL Ghani Mohd. Noor menunjukkan keadaan tanah mendap yang terjadi di kawasan rumah penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Nasib 11 keluarga di Kampung Pindah, Kampung Baru di sini kini tidak menentu apabila mereka diberi notis keluar rumah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ekoran masalah tanah mendap yang berlaku di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Terowong Sungai Bunus, Kampung Pindah, Kampung Baru, Zainal Frederick berkata, mereka merupakan kumpulan terakhir penduduk di kawasan berkenaan selepas 18 keluarga telah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak sejak April tahun lalu.

"Masalah tanah mendap ini sudah 16 bulan berlaku tetapi kehidupan penduduk tersebut berlalu tanpa pembelaan sewajarnya daripada pihak berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment