My Add

Friday 17 August 2012

SPNB tidak pernah bina rumah mewah

Oleh AMRAN MULUP
MELAKA, KHAMIS, 16 Ogos, 2012: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak pernah membina projek rumah berkembar dan rumah banglo seperti yang didakwa Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, dakwaan REHDA itu sebenarnya boleh menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap penubuhan SPNB.

''REHDA boleh melihat rekod simpanan SPNB. Kita tidak pernah membina rumah kos mewah sebaliknya lebih tertumpu pada pembinaan rumah mampu milik.

''Jika ada rumah berkembar atau banglo pun, itu adalah projek yang diambil alih oleh SPNB daripada pemaju-pemaju yang gagal.

''Oleh itu, saya minta REHDA membetulkan kenyataan mereka terhadap SPNB kerana dakwaan tersebut ternyata tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) untuk enam penerima di Krubong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment