My Add

Thursday 16 August 2012

Pengasuh tak mengaku dera kanak-kanak



MELAKA 15 Ogos - Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lapan bulan antara Mei dan Jun lalu.

R. G. Saroja (gambar), 45, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Tasik, Pulau Sebang di sini pada pukul 5.30 petang, Mei lalu dan pukul 6 petang pada bulan berikutnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak itu telah mengabai dan mendedahkan mangsa dengan menyebabkan kecederaan terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Safri Mohammed Na'aim mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment