My Add

Thursday 9 August 2012

PM sumbang 36,000 bungkus bubur lambuk di Kg. Baru

*NAJIB Tun Razak mengangkat bubur lambuk yang disumbangkan kepada orang ramai di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk Masjid Jamek, Zainal Abidin Abdul Hamid (kiri).

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyumbang sebanyak 36,000 bungkus bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru.

Sumbangan bubur lambuk yang dimasak menggunakan 100 periuk itu, diagihkan sendiri oleh Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada orang ramai yang kemudian turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra.

Majlis penyampaian sumbangan bubur lambuk tersebut diadakan selepas Perdana Menteri dan para jemaah lain menunaikan solat asar.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib serta Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Deris.

Selepas mengagihkan bubur lambuk tersebut, Perdana Menteri turut mengunjungi bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.

Menurut Idris, ini merupakan tahun keenam Perdana Menteri dan isteri menyumbang bubur lambuk kepada para jemaah dan masyarakat Kampung Baru bersempena dengan Ramadan.

''Pihak jawatankuasa masjid melahirkan rasa terima kasih kepada beliau kerana sudi menyumbang juadah berbuka ini,'' katanya di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment