My Add

Thursday 9 August 2012

Akta Hasutan: Peguam fail semakan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Selepas rayuannya ditolak, peguam P. Uthayakumar mencuba nasib kali terakhir melalui permohonan semakan bagi mendapat perintah Mahkamah Persekutuan agar Akta Hasutan 1948 diisytiharkan terbatal dan melanggar Perlembagaan.

Notis usul permohonan semakan itu difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini petang tadi melalui Tetuan Manoharan & Co.

Uthayakumar memohon agar satu panel lain mendengar permohonannya untuk menyemak dan seterusnya mengetepikan penghakiman Mahkamah Persekutuan terdahulu yang menolak rayuannya.

Pada 25 Jun lalu, panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa akta berkenaan tidak bercanggah dengan Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dengan keputusan itu, aktivis sosial berkenaan gagal mendapat perintah memihak kepadanya agar pertuduhan yang dihadapi di bawah Seksyen 4(1)(c) akta itu kerana menerbitkan surat berunsur hasutan, digugurkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment