My Add

Wednesday 15 August 2012

Ribuan Melayu Islam murtad?

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Setelah genap setahun kes di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) berlaku iaitu pada bulan Ramadan tahun lalu, seorang bekas murtad yang hanya mahu dikenali sebagai Ma, 46, tampil mendedahkan bilangan Melayu Islam yang meninggalkan agama itu di negara ini mencecah ribuan orang.

Katanya, senario itu amat menyedihkan apatah lagi golongan murtad tersebut terdiri daripada masyarakat pelbagai latar belakang termasuk berpendidikan tinggi, miskin, berpenyakit dan gelandangan.

Katanya, pendakwah agama lain menyasarkan golongan itu secara strategik untuk didekati dengan menamakan mereka sebagai Muslim Berlatar Belakang Kepercayaan Islam (Muslim Background Believers-MBB)

"Saya sendiri merupakan bekas gelandangan dan murtad sejak 2002 hingga 2008 selepas mereka memberikan saya tempat tinggal, makanan dan pelajaran agama," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment