My Add

Friday, 10 August 2012

Sedut pasir jejas tembok banjir

Oleh YULPISMAN ASLI
PASIR MAS, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan mendapati kerja-kerja menyedut pasir secara besar-besaran di Sungai Kelantan memberi kesan kepada struktur tembok penebat banjir (sheet pile) yang dibina di bandar ini.

Pengarah JPS negeri, Mat Rahim Ismail berkata, berikutan itu pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja menyedut pasir secara besar-besaran berhampiran dihentikan dan dipindah ke kawasan lebih jauh bagi mengelak sebarang risiko termasuk kemungkinan tembok runtuh.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ir. Zainuddin Ibrahim.

"Di Kota Bharu, kita buat pemantauan kesan (kerja-kerja menyedut pasir) terhadapsheet pile (tembok penebat banjir) yang kita buat di bandar itu, memang ada kesan, sebab itu kita telah arah hentikan penyedutan pasir di situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment