My Add

Wednesday 15 August 2012

Sindiket curi kuota guna 'orang dalam'

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Ogos, 2012: Sindiket yang dikesan memperdayakan 83 buah syarikat dengan 'mencuri' kuota pekerja warga asing dikatakan memberi sejumlah bayaran kepada 'orang dalam' syarikat berkenaan untuk mendedahkan maklumat surat kelulusan kuota Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Difahamkan, nilai bayaran bagi sekeping surat tersebut bergantung kepada jumlah kuota pekerja asing yang diluluskan KDN iaitu RM1,200 bagi 20 orang pekerja.

Selain pembabitan orang dalam, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ejen yang dilantik syarikat untuk menguruskan permohonan awal kuota pekerja asing itu turut terlibat menjual maklumat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad (gambar), siasatan awal mendapati sindiket itu akan mendekati kakitangan syarikat berkenaan bagi mendapat maklumat berhubung permohonan kuota pekerja asing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment