My Add

Monday 6 August 2012

Sindiket samun didalangi warga Indonesia tumpas

JOHOR BAHRU, ISNIN,06 Ogos, 2012: Polis menahan dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dengan sindiket samun bersenjata yang bergiat aktif melakukan jenayah itu di Batu Pahat dan Wilayah Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua lelaki berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan pada Rabu lepas, sejam selepas menyamun dan melarikan sebuah kenderaan milik seorang wanita di sini.

Katanya mangsa disamun ketika hendak meletak kenderaan di tempat letak kereta kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang.

"Sejurus selepas membuat laporan, kita berjaya mengesan dua suspek kira-kira pukul 3.30 petang di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam Johor dan berjaya menemui semula kenderaan jenis Toyota Hilux milik mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMAA

No comments:

Post a Comment