My Add

Monday 1 October 2012


10,000 kunjungi Karnival Kerjaya

*SEBAHAGIAN daripada pengunjung BN Youth Job Fair mengisi maklumat diri di Dataran Senawang, Seremban, semalam.

SEREMBAN, AHAD, 30 September, 2012: Kira-kira 10,000 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) di Dataran Senawang yang berakhir hari ini.

Pengarah Karnival, Mohd. Yassin Mohd. Ismail memberitahu, sambutan yang diterima tersebut mencapai sasaran yang ditetapkan pihaknya.

"Semalam, kebanyakan yang hadir di sini terdiri daripada graduan yang masih belum mendapat tawaran pekerjaan, manakala hari ini kebanyakannya yang hadir sudah bekerja.

"Sebanyak 42 majikan mengambil bahagian dalam karnival kerjaya yang menawarkan 5,620 jawatan kosong ini," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yassin, sebanyak tujuh agensi kerajaan mengambil bahagian antaranya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment