My Add

Monday 1 October 2012

Kerja bina terowong air harus dihenti

KUANTAN, AHAD, 30 September, 2012: Biarpun Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), mereka tidak pula menghalang kerja-kerja pembinaan komponen penyaluran bekalan air mentah dari Pahang yang rancak berjalan di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, ia melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong di Karak, Pahang yang turut dilakukan serentak di kawasan Selangor iaitu di Hulu Langat.

Katanya, situasi itu menunjukkan Kerajaan PKR tidak konsisten dalam keputusan mereka kerana jika tidak membenarkan pembinaan Langat 2, secara logiknya kerja-kerja pembinaan terowong air juga harus dihentikan melainkan terdapat motif tertentu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment