My Add

Sunday 28 October 2012

7,000 peneroka Felda Wilayah Terengganu dapat dividen RM2.6 juta

SETIU, AHAD, 28 Oktober, 2012: Seramai 7,459 peserta Felda Wilayah Terengganu menerima dividen Felda Global Venture Holding (FGVH) bernilai lebih RM2.6 juta daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di sini hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata setiap peserta akan menerima RM365 seorang.

"Pemberian dividen ini menggambarkan bahawa Felda sentiasa prihatin terhadap nasib peneroka di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan penyampaian dividen FHVH kepada peneroka Felda Wilayah Terengganu di Felda Chalok Barat di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment