My Add

Sunday 28 October 2012


Takziah TPM kepada ibu pelajar yang mati dalam pergaduhan di Melaka

ALOR GAJAH, AHAD, 28 Oktober, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada ibu pelajar sekolah, K. Saravanan yang meninggal dunia selepas dipercayai ditumbuk dua pelajar dalam pergaduhan pada Rabu lepas.

Ucapan takziah tersebut disampaikan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran itu, Datuk Mohd. Nardin Awang yang menziarahi keluarga mendiang di Taman Rumbia Setia di sini, hari ini.

Mohd. Nardin berkata Muhyiddin turut melahirkan rasa kesal dengan insiden tersebut dan memberi jaminan mereka yang terlibat dalam kejadian itu akan diambil tindakan mengikut undang-undang.

"Beliau (Muhyiddin) berharap keluarga mendiang bersabar dan dapat melalui situasi ini dengan baik," katanya kepada pemberita. Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu Saravanan, N. Malar, 34. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment