My Add

Sunday 28 October 2012

Tahap kesedaran 3R meningkat kepada 99 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Oktober, 2012: Tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai kempen 3R iaitu Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula dalam kalangan masyarakat di negara ini telah meningkat kepada 99 peratus tahun ini berbanding 85.9 peratus pada 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Datuk Zaini Md. Nor berkata, peningkatan 13.1 peratus itu dipengaruhi aktiviti promosi yang dijalankan secara agresif sepanjang 2010 hingga 2012.

Zaini berkata, semua dapatan itu diperoleh menerusi kajian yang dijalankan oleh perbadanan itu pada April lepas di seluruh negara dengan melibatkan 15,093 responden.

Bagaimanapun, kajian mendapati sebahagian masyarakat walaupun mengetahui tentang kempen ini, tidak bermakna mereka akan mengamalkannya," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment