*MOHD.. Johari Baharum melihat tanaman padi yang rosak akibat banjir di Kampung Panchor, Guar Kepayang, Pendang, Kedah, semalam. |
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, anggaran kerugian keseluruhan kawasan sawah padi yang terlibat mencecah RM4 juta memandangkan tanaman itu kini di peringkat boleh dituai.
Katanya, jumlah sebenar kerugian hanya akan diketahui sebaik bancian taksiran dan penilaian yang sedang dijalankan selesai.
"Keputusan bancian akan diketahui dalam masa terdekat bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada petani yang terlibat dan saya berharap ia dilakukan secara telus. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment