My Add

Sunday 28 October 2012

Abdul Khalid dipersoal lupus lima aset

KUALA LUMPUR, SABTU, 27 Oktober, 2012: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mempertaruhkan premis- premis perniagaan yang menjadi payung kepada peniaga Melayu dipersoalkan sedangkan pada masa sama membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).

Sehubungan itu, Koodinator UMNO Selangor, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed mencabar Abdul Khalid tampil menjelaskan rasional dasar baharu kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan segera.

Tegas beliau, Abdul Khalid perlu memberi pemahaman kepada rakyat kerana tindak-tanduk yang dilakukan kerajaan negeri ketika ini semakin membimbangkan rakyat.

“Selama ini rakyat Selangor sedia maklum Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan untuk membantu rakyat seperti menyediakan rumah-rumah kos rendah dan sederhana serta premis komersial dengan harga berpatutan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment