My Add

Monday 1 October 2012

Ahli perniagaan didakwa cederakan isteri

IPOH, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Seorang ahli perniagaan yang memukul isterinya menerusi rakaman CCTV sehingga menimbulkan kemarahan dalam laman sosial, dua bulan lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Kelvin Chik Foo Keong mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencederakan isterinya, Amanda Fong, 19, di butik Amanda & Co di Ipoh Garden Selatan, jam 4 petang, 23 Ogos lalu. 

Chik didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Majistret Haslinda Raof menetapkan 31 Oktober ini untuk kes itu disebut semula.

Rakaman CCTV tertuduh yang dikatakan memukul isterinya itu disiarkan dalam Facebook dan YouTube sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai dalam laman sosial berkenaan. - BH

No comments:

Post a Comment