My Add

Tuesday 2 October 2012

Ambil tindakan sebelum terlambat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sekiranya terbukti menerima pembiayaan dana asing.

Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad berkata, pihak berkuasa tidak boleh membiarkan dua entiti tersebut sewenang-wenangnya melakukan agenda tersirat pihak asing yang mahu melihat negara ini hancur dan porak-peranda.

“Pendedahan yang dilaporkan kebelakangan ini menunjukkan dana asing itu diperoleh daripada pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan penyangak mata wang, George Soros.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu juga dilihat mengambil kesempatan menghentam kerajaan disebabkan tiada undang-undang yang tegas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment