My Add

Tuesday, 2 October 2012

'Tidak perlu tunggu mereka buka mulut'

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Pihak berkuasa tidak perlu menunggu mereka yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan penyangak mata wang, George Soros tampil membuat penjelasan kerana ia hanya membuang masa.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, keempat-empat individu terbabit iaitu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini, C. Pramesh tidak mungkin berbuat demikian sebaliknya akan menafikan penglibatan mereka.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan segera perlu diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya wujud bukti mereka dibiayai pertubuhan asing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment