My Add

Monday 29 October 2012

Malaysia hormati undang-undang Lebanon

PUTRAJAYA, AHAD, 28 Oktober, 2012: Kuala Lumpur akan menghormati sepenuhnya undang-undang Lebanon dalam isu penahanan dua rakyat Malaysia berumur 28 dan 21 tahun di Beirut kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia juga tidak menyokong mana-mana fahaman ekstremis atau radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara dan rakyatnya.

Mengulas mengenai nasib dua rakyat Malaysia yang kini ditahan di ibu negara Lebanon, beliau berkata, kedua-dua mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Oktober dan pertuduhan terhadap mereka telah dibacakan.

"Mereka akan dihadap semula di mahkamah pada esok, siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Lebonan.

"Kementerian Luar sedang memantau perkembangan kes ini dan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang mengambil tindakan untuk bertemu dua rakyat Malay = UTUSAN

No comments:

Post a Comment