My Add

Monday 29 October 2012

Bunuh: Anak lelaki mangsa direman

SHAH ALAM, AHAD, 28 Oktober, 2012: Polis menahan reman anak lelaki kepada wanita warga emas, Teh Kin Geok, 60, yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah teres dua tingkat Jalan Spektrum U16/22 , Bukit Subang di sini semalam.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan reman bermula hari ini sehingga 1 November depan bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, suspek ditahan selepas pihaknya mendapati kenyataan yang diberikannya berhubung kejadian itu bercanggah.

"Kita masih menjalankan siasatan dan percaya kes tersebut bukan bermotifkan samun kerana semua barangan berharga milik mangsa tidak hilang, malah rumahnya juga tidak menunjukkan tanda-tanda di pecah masuk.

"Bagaimanapun terdapat satu peti besi yang terkopak, namun kita masih menyiasat barangan yang terdapat di dalam peti besi tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment