My Add

Tuesday 2 October 2012

Fahami SOP salur bantuan ketika bencana - Ambrin Buang

KUANTAN, ISNIN, 01 Oktober, 2012:. - Semua pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan segera kepada mangsa bencana atau peristiwa luar jangka seperti banjir, perlu memahami dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Audit Negara.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) berkata, pihaknya sentiasa fleksibel dan memahami perlunya bantuan segera disalurkan kepada mereka yang terlibat dengan sesuatu bencana atau peristiwa di luar jangka.

"Tetapi orang (pihak) terlibat termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang turut serta dalam menyalurkan bantuan, kena faham SOP dan perlu ada penyata atau rekod apa yang berlaku.

"Jadi, kita akan tahu mana duit datang, mana duit pergi dan kita juga faham dalam keadaan terdesak, bantuan segera perlu disalurkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment