My Add

Tuesday 2 October 2012

Tubuh lebih banyak wakaf korporat bantu IPTA

KUANTAN, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Penubuhan lebih banyak institut wakaf korporat di seluruh negara merupakan jalan terbaik bagi membantu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjana kewangan mereka.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, universiti di luar negara seperti Oxford dan Harvard juga telah menubuhkan yayasan masing-masing untuk menjaga kewangan sendiri.

“Jadi, kita sebagai negara Islam boleh menggunakan kaedah wakaf korporat ini dalam membantu universiti di Malaysia.

“Tujuan utama wakaf korporat adalah untuk melabur dan menambah nilai pelaburan. Malah, keuntungannya dapat membantu universiti membiayai keperluan pelajar mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Wakaf korporat dan relevannya kepada institusi pengajian tinggi (IPT) dalam abad ke-21 pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Islam dan Pendidikan Tinggi (ICIHE) di Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment