My Add

Sunday 28 October 2012

Fasa kedua projek Sungai Nadi Kehidupan bermula tahun depan  

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Oktober, 2012: Projek Sungai Nadi Kehidupan atau "River of Life" akan memasuki fasa kedua tahun depan yang melibatkan kerja pengindahan sungai dengan kos RM500 juta, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Nong Chik berkata, fasa pertama iaitu proses pembersihan telah dimulakan Jabatan Perparitan dan Saliran sejak dua tahun lepas di sekitar Lembah Klang dan kerja tersebut masih berjalan dan akan terus dilaksanakan sepanjang masa.

"Projek pengindahan sungai secara keseluruhannya bernilai RM1 bilion akan dimulakan di sekitar Masjid Jamek iaitu sejauh kira-kira 11 kilometer.

"Namun bagi peringkat awal ini, hanya tiga kilometer saja yang akan diindahkan dan ia akan disempurnakan secara keseluruhannya dalam masa empat atau lima tahun lagi," katanya kepada pemberita di majlis korban 10 ekor lembu anjuran Parlimen Lembah Pantai, di Masjid Ar Rahman Bangsar di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment