My Add

Sunday 28 October 2012

Kampus universiti Jordan di Besut beroperasi September 2013

BESUT, AHAD, 28 Oktober, 2012: Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) sebuah universiti terbesar di Jordan dengan lebih 22,000 penuntut akan membuka kampus cawangannya di Bukit Keluang, Besut pada September tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, universiti tersebut menyatakan persetujuan untuk membuka cawangannya bagi pengajian dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Katanya, dengan penubuhan JUST itu, ia akan membuka peluang pembelajaran bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah penduduk di rantau Asia Tenggara.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah meluluskan penggunaan bangunan Kolej Imtiiaz di Bukit Keluang yang sebelum ini dicadang untuk pelajar Imtiaz sebagai kampus universiti berkenaan," katanya selepas merasmikan program Korban Perdana 21 ekor lembu anjuran Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut di sini, hari ini.

Beliau berkata pelajar dari Jordan akan belajar di universiti itu untuk tempoh dua semester, manakala pelajar dari Asia Tenggara termasuk Malaysia pula akan meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat ijazah pertama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment