My Add

Monday 1 October 2012

Syarikat korporat, multinasional diminta bantu belia tempatan

KUALA LUMPUR, AHAD, 30 SeptEMBER, 2012: Syarikat-syarikat korporat dan multinasional diminta terus membantu belia tempatan dalam merealisasikan potensi diri mereka.

Ia dapat dilakukan dengan menjadi penyumbang dana kepada Felo Belia Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) sebagai pencetus kepada projek-projek yang memberi kesan kepada ummah.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Rangkaian Pemimpin Belia (WYN), Fazil Irwan Mohd. Som berkata, melalui program yang dianjurkan itu, pihaknya telah berjaya menggalakkan belia untuk menghasilkan projek yang kreatif dan inovatif.

''Projek yang mendapat perhatian akan diberikan anugerah sehingga RM20,000 dalam bentuk geran sebagai dana permulaan projek mereka.

''Belia dan orang muda di seluruh dunia mempunyai idea yang kreatif dan inovatif tetapi dengan kurangnya dana serta kepercayaan, potensi tersebut hanya terbiar sahaja,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment