My Add

Monday 29 October 2012

Isu SUK serlahkan sifat ego, bongkak MB

PADANG TERAP, AHAD, 28 Oktober, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak disifatkan sebagai ego dan bongkak apabila mengatakan tidak mencampuri urusan antara ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir yang menyebabkan krisis pentadbiran kronik dalam kerajaan Pas Kedah.

Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, berdasarkan maklumat, Azizan telah mencampuri urusan berkenaan secara langsung apabila mempertahankan Pegawai Daerah Kuala Muda, Ahmad Fisol Md. Nor sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).

Beliau mendakwa, perkara itu diluluskan dalam satu mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini tetapi Azizan tidak berani mengumumkannya.

Menurut beliau, Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) mengesyorkan supaya Pegawai Daerah di sesuatu kawasan apabila dilantik bagi yang bukan perbandaran atau majlis bandar raya dibawa namanya ke mesyuarat Exco untuk dilantik sebagai YDP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment