My Add

Monday 29 October 2012

Johor tarikan pelaburan mega

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Oktober, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ternyata tepat sekali apabila menyifatkan Johor kawasan tarikan pelaburan kerana keupayaannya menarik pelaburan bernilai berbilion ringgit justeru memanfaatkan penduduknya.

Ucapan spontan Najib ketika merasmikan majlis UMNO Johor bulan lalu menguatkan bukti kepada transformasi pesat bahagian selatan negara ini yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Beliau turut membayangkan satu lagi gelombang pelaburan besar akan melanda negeri itu, tanpa memperincikan butiran lanjut mengenai urus niaga dimaksudkan itu.

Beliau memberi gambaran pelaburan baru itu lebih besar berbanding Pinewood Studios iaitu studio televisyen dan filem bertaraf dunia yang kini dibina di Iskandar Malaysia.

Pinewood Studios ialah nama besar dalam industri filem global kerana dikaitkan secara rapat kepada produksi filem James Bond.

Seperti dinyatakan Perdana Menteri, Johor khususnya Iskandar Malaysia yang berkeluasan 2,217 kilometer persegi, umpama magnet yang menarik pelabur tempatan dan global yang kini meninjau lokasi selamat untuk menempatkan modal masing-masing.

Sejak penubuhannya pada 2006, Iskandar Malaysia terus menarik pelabur dengan jumlah pelaburan sejak enam tahun lepas dijangka melepasi RM100 bilion menjelang akhir tahun ini.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim (bawah), berkata sehingga suku kedua tahun ini, wilayah ekonomi itu sudah mengumpul pelaburan bernilai RM95 bilion.

Berdasarkan anggaran dan pelaburan ke rantau ini domestik dan asing, pertumbuhannya amat sihat dan kami yakin capai sasaran pelaburan, katanya di Johor Bahru, baru-baru ini.

Iskandar Malaysia pasti menongkah aliran ini kerana daya tahan dan kerancakan dalam menarik pelaburan baru berlawanan dengan persekitaran pelaburan global yang terjejas dek krisis euro.

Sementara negara lain bergelut menarik pelaburan, Iskandar Malaysia mempunyai masa depan cerah dan menetapkan sasaran RM20 bilion pelaburan tahun depan.

Dalam pada Iskandar Malaysia yang saiznya tiga kali lebih besar berbanding Singapura, berkembang dan mencapai sasaran ditetapkan, penerima atau penerima manfaat utama projek ini sudah pastinya penduduk Johor.

Dengan pembukaan taman tema Legoland Malaysia, Johor Premium Outlet dan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, jelas, generasi muda Johor mempunyai banyak pilihan dari segi mendapatkan kerja berpendapatan tinggi.

Memandangkan lebih banyak taman tema dilamar untuk mendirikan perniagaan di Iskandar Malaysia, koridor ekonomi itu bersedia menjadi Orlando of Asia, sebagai destinasi pilihan untuk penggemar taman tema rantau ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment