My Add

Sunday 28 October 2012

Keadaan sempadan Malaysia -Thailand di Kelantan terkawal  

KOTA BAHARU, AHAD, 28 Oktober, 2012: Keadaan keselamatan di kawasan sempadan Kelantan dan Thailand sepanjang musim perayaan Aidiladha terkawal dengan adanya gerakan bersepadu "Ops Merpati" antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama beberapa agensi penguatkuasaan yang lain.

Panglima Lapan Briged Infantri Kem Pengkalan Chepa, Brig Jen Datuk Mohd. Zaki Hamzah berkata hasil kerjasama itu kegiatan jenayah dan penyeludupan barangan di kawasan sempadan dapat dikawal.

"Tidak ada kes besar penyeludupan mercun dan bunga api dikesan di kawasan sempadan sepanjang musim perayaan kali ini berbanding tahun lepas.

"Saya berharap prestasi gerakan bersepadu ini akan dapat terus dikekalkan," katanya di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment