My Add

Tuesday 2 October 2012

Kepentingan pembangunan wakaf

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF dan SHAHRINNAHAR AB. LATIB
*SEBAHAGIAN daripada peserta yang hadir dalam Persidangan Antarabangsa Mengenai Islam dan Pendidikan Tinggi kali ketiga di Yayasan Pahang, Kuantan, semalam.
KUANTAN, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Peranan pembangunan wakaf amat penting terhadap umat Islam bagi meningkatkan sosioekonomi ke tahap lebih baik seperti yang dilakukan pada masa lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembangunan wakaf terutama dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian kerana kemampuannya untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam pada masa depan.

Menurut beliau, pada masa lalu, pengurusan wakaf diurus dan ditadbir dengan baik sekali gus membolehkan institusi tersebut berkhidmat sebagai sumber utama menyalurkan pembiayaan untuk semua peringkat pendidikan umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment