My Add

Sunday 28 October 2012

Kesedaran terhadap penyakit IEM masih rendah - pakar ginetik

MELAKA, AHAD, 28 Oktober, 2012: Kesedaran rakyat Malaysia khususnya ibu bapa terhadap penyakit metabolik semulajadi (IEM) yang boleh menyebabkan kerencatan akal, kecacatan anggota atau kematian masih rendah.

Menurut Pakar Genetik dan Metabolisme Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ngu Lock Hock, hal ini disebabkan kesukaran golongan berkenaan mengenalpasti simptom IEM yang terdiri daripada 500 jenis penyakit berlainan.

Beliau berkata, pada masa ini, kira-kira 500 penghidap IEM di seluruh negara menerima rawatan di HKL, namun jumlah sebenar pesakit itu dijangka jauh lebih tinggi.

Katanya, IEM yang merupakan gabungan beberapa penyakit keturunan disebabkan masalah genetik sehingga menjejas penghasilan enzim dalam badan manusia.

"Penyakit ini bukan sahaja berlaku kepada bayi di awal usia seminggu malah turut dihidapi golongan dewasa pelbagai peringkat umur bergantung kepada faktor tindak balas enzim dalam badan seseorang individu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Terbuka Persatuan Metabolik Malaysia di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment