My Add

Monday 1 October 2012

Lahir ramai penuntut pasca siswazah

JOHOR BAHRU, AHAD, 30 September, 2012: Kesemua universiti penyelidikan di negara ini harus melahirkan lebih ramai penuntut pasca siswazah berbanding jumlah sedia ada selari dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion dalam Bajet 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM600 juta diberi kepada lima universiti penyelidikan terbabit untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi.

"Dengan peruntukan sebanyak itu, diharap lebih ramai bilangan mahasiswa di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dan ijazah lanjutan melaksanakan penyelidikan. Negara kita kini mempunyai kira-kira 30,000 penyelidik termasuk pembantu penyelidik.

"Kementerian juga mahu memastikan jumlah penerbitan tesis yang lazimnya merangkumi ilmu dan penemuan baharu turut dipertingkatkan. Setiap universiti penyelidikan harus mendaftar lebih banyak harta intelek walaupun hasilnya tidak diperoleh serta-merta dan perlukan masa empat, lima tahun," katanya pada dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Johor di Taman Johor Jaya, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment