My Add

Friday 26 October 2012

Pendapatan peserta meningkat

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Sebanyak 80 peratus daripada 28,046 peserta program 1Azam Niaga dan Khidmat sudah berupaya menambah kira-kira RM300 lagi pendapatan mereka sebulan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, pendapatan para peserta itu dijangka bertambah baik berikutan pemantauan berterusan dilakukan oleh kementerian.

"Kita percaya sasaran kerajaan untuk membantu golongan wanita yang berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah dapat dijayakan dengan baik.

"Keyakinan itu berdasarkan pemantauan dan tunjuk ajar berterusan bagi memastikan prestasi kemahiran golongan wanita bertambah baik dan matang, sekali gus meningkatkan pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Persatuan Alumni Jahitan Kreatif Epal 1Azam di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment