My Add

Tuesday 2 October 2012

Sekat sebarang anasir negatif

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Akta Patriotik dan Kesejahteraan Kaum wajar digubal segera bagi menyekat sebarang anasir negatif menyusup masuk ke negara ini dan meracuni pemikiran rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, akta itu perlu bagi menyekat campur tangan asing yang menggunakan medium media massa termasuk portal berita bagi merealisasikan tujuan tersebut.

Menurut beliau, akta itu mampu menjadi benteng mempertahankan kestabilan negara daripada ancaman yang dibawa tali barut asing yang bercita-cita melihat kemusnahan negara.

"Pihak luar tidak mahu melihat negara ini memiliki keharmonian antara kaum dan pembangunan ekonomi yang kukuh dan usaha meracuni pemikiran rakyat akan terus dilakukan agar kita terperangkap dalam kemelut politik sepanjang masa," katanya ketika dihubungi di hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment