My Add

Tuesday 2 October 2012

Wajibkan kuasai bahasa Melayu

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KOTA BHARU, ISNIN, 01 Oktober, 2012: Kerajaan disaran mewajibkan pelajar dan warga asing yang bekerja di negara ini menguasai bahasa Melayu dalam usaha menjamin kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr. Awang Sariyan berkata, usaha itu boleh dilakukan dengan mewajibkan mereka mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Melayu.

Beliau berkata, pihaknya telah menggubal dasar mengenai perkara tersebut dan akan mengemukakannya kepada kerajaan serta berharap ia dapat dilaksanakan segera.

Katanya, pendekatan mewajibkan warga asing belajar bahasa tempatan telah dipraktikkan di kebanyakan negara dan turut dilalui oleh pelajar Malaysia yang menuntut di negara berkenaan.

Malangnya kata beliau, dasar tersebut tidak berlaku di negara ini dan dikhuatiri akan menyebabkan bahasa Melayu semakin hilang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment