My Add

Tuesday, 2 April 2013

Kaji semula subsidi diesel, petrol nelayan laut dalam

PASIR PUTEH, ISNIN, 01 April, 2013: Kerajaan disaran meneliti semula pemberian subsidi diesel dan petrol untuk nelayan laut dalam bagi mengelak bahan bakar itu diseludup ke negara jiran sehingga menggagalkan hasrat kerajaan memperkasa sektor perikanan negara.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, kajian semula itu perlu bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan bakar itu terutama membabitkan vesel laut dalam yang menggunakan nelayan asing sebagai tekong dan awak-awak.

Beliau berkata, langkah itu juga penting bagi memastikan lain-lain kegiatan yang merugikan negara seperti penjualan ikan di tengah laut kepada nelayan asing atau mendaratkan ikan di negara jiran dapat dibendung.

"Kita perlu meneliti perkara seperti ini bagi memastikan setiap sen wang negara yang dibelanjakan untuk pembangunan sektor perikanan dan pembelaan kepada nelayan tempatan mencapai objektif sebenar," katanya.

Beliau ditemui semasa membuat tinjauan pendaratan ikan di pelabuhan kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tok Bali dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment