Kg. Lela Jasa terputus bekalan air sejak lebih tiga minggu lalu
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
KUALA KRAI, SELASA, 02 April, 2013: Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan bekalan air menyebabkan hampir 1,000 penduduk Kampung Lela Jasa di sini terputus bekalan bahan asas itu sejak lebih tiga minggu lalu.
Berikutan itu, lebih 100 penduduk kampung yang kecewa dan hilang sabar dengan masalah itu mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu demonstrasi aman di kampung itu di sini petang ini.
Mereka meluahkan kekecewaan terhadap pemimpin Pas Kelantan yang kononnya memperjuangkan negara berkebajikan namun kebajikan penduduk di kampung itu tidak terjaga menyebabkan kehidupan seharian mereka terjejas.
Menurut mereka, ketiadaan bekalan air bukan sahaja merencatkan aktiviti seharian sehingga terpaksa mengambil air di Sungai Rek yang terletak kira-kira satu kilometer dari kampung itu malah ada yang mengaku terpaksa pergi ke sungai itu semata-mata mahu mandi junub.
Seorang penduduk, Jaaffar Bakar, 63, berkata, aduan telah dibuat kepada PBT berhubung masalah yang acap kali berlaku itu namun wakil PBT yang membuat pemeriksaan sering memberikan jawapan tidak tahu apa punca masalah tersebut.
"Kali ini sudah lebih tiga minggu tiada air dan hampir setiap hari kami menghubungi pihak bertanggungjawab dan setiap kali itu jugalah mereka kata mahu baiki masalah.
"Tetapi mereka sendiri kata tidak tahu kenapa bekalan air terputus menyebabkan kami bergantung sepenuhnya kepada air sungai yang kadang-kadang jernih tetapi kalau hujan jadi keruh," katanya ketika ditemui semasa bantahan itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment