My Add

Monday, 1 April 2013

Modal insan seimbang bantu pastikan tenaga kerja kekal relevan 

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 April, 2013: Modal insan yang seimbang membantu memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dengan pasaran semasa dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata modal insan yang terancang akan melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

“Atas kesedaran ini, pihak kerajaan menyediakan pelbagai program bagi memupuk, membangun dan mengekalkan modal insan negara,” katanya ketika berucap sempena majlis penyampaian Surat Tawaran Biasiswa Nasional 2012 di Bukit Kiara, di sini sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment