Oleh OPAT RATTANACHOT
KULIM, SELASA, 02 April, 2013: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyifatkan kematian anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Pang Soon Gi, 21, yang lemas dalam kejadian di Tasik Dayang Bunting, Langkawi Sabtu lalu, sebagai kehilangan besar kepada jabatan itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mendiang memainkan peranan penting sebagai 'duta kecil' dalam memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat Cina berhubung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
"Soon Gi merupakan salah seorang bekas peserta PLKN Kumpulan 2 Siri 7/2010 di Kem PLKN Sintok. Saya juga secara peribadi mengenalinya kerana dia sentiasa aktif dalam mempromosikan aktiviti PLKN.
"Selepas tamat latihan PLKN, dia memainkan peranan penting dalam BSKN, malah mengambil inisiatif mewujudkan laman Facebook serta menulis sebuah buku dalam bahasa Mandarin bagi menerangkan manfaat PLKN khususnya kepada masyarakat Cina," katanya kepada pemberita selepas menziarahi mendiang di Taman Ria, Padang Serai, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi Sabtu lalu, Soon Gi, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Logistik, Universiti Utara Malaysia (UUM) lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
Abdul Hadi memberitahu, selain aktif dalam aktiviti lasak mendiang turut berminat dalam bidang penulisan.
"Berdasarkan makluman keluarganya, dia pernah menulis tiga buah buku untuk koleksi remaja. Malah, rakan-rakannya memberitahu, dia sering tampil menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan masyarakat sekiranya menyentuh tentang PLKN," katanya.
Sementara itu, bapa mendiang, Pang Poh Sing, 55, berkata, anak kedua daripada enam beradik tersebut merupakan seorang yang tegas dan berdisiplin.
"Dia memang minat aktiviti lasak dan bercorak ketenteraan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment