My Add

Saturday 19 November 2011

6 warga Indonesia terbabit kegiatan militan akan diusir

JUMAAT, 18 November, 2011: Kesemua enam warga Indonesia yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti militan akan diusir segera ke negara asal mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tujuh lagi warga tempatan yang turut ditahan bersama mereka, katanya akan didakwa di mahkamah sebaik siasatan selesai dan segala bukti dapat dikumpulkan, lapor Bernama.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu didapati telah mendapat latihan ketenteraan serta terlibat dengan penyeludupan senjata dan kegiatan mereka dikategorikan serius bukan sahaja oleh Malaysia tetapi juga pihak berkuasa Indonesia dan agensi-agensi lain di peringkat antarabangsa.

"Buat masa ini, kesemua mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana akta itu masih boleh digunakan untuk membendung kegiatan keganasan sehinggalah akta baru digubal pada Mac tahun depan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu di Putrajaya, hari ini. 

No comments:

Post a Comment