My Add

Wednesday 9 November 2011

ADUN BN Batang Kali digantung sehari hadiri sidang DUN

RABU, 09 November, 2011: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali dari Barisan Nasional (BN), Mohd Isa Abu Kasim yang terus-menerus menyuarakan ketidakpuasannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana tidak soalan tambahannya, diarahkan meninggalkan persidangan DUN di Shah Alam, hari ini.

Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim membuat keputusan itu di bawah Peraturan 44(2) Peraturan Tetap dewan, turut menggantungnya daripada menyertai sidang dewan selama sehari, lapor Bernama.

Chang Khim membuat keputusan itu berikutan tindakan Mohd Isa yang enggan berhenti daripada menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Abdul Khalid yang tidak menjawab soalan tambahannya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Speaker berkata, beliau merasakan Abdul Khalid telah menjawab soalan tambahan Mohd Isa kerana penjawat-penjawat awam di Selangor menikmati segala kemudahan di bawah MES memandangkan mereka juga adalah rakyat Selangor.

Mohd Isa yang terus membantah, diiringi oleh Bentara DUN keluar meninggalkan dewan.

No comments:

Post a Comment