My Add

Wednesday 9 November 2011

MB Kedah tak sokong cadangan kurangkan penjawat awam

RABU, 09 November, 2011: Kerajaan Kedah pimpinan Pas tidak bersetuju dengan cadangan rakan sekutunya DAP, untuk mengurangkan penjawat awam jika pakatan pembangkang mentadbir negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sebaliknya kerajaan negeri itu berpandangan bilangan penjawat awam perlu ditambah, lapor Bernama.

"Apabila bilangan rakyat bertambah, rasionalnya bilangan penjawat awam juga perlu ditambah supaya perkhidmatan yang diberi berkesan bukan mengurangkannya.

"Soal memaksimumkan tenaga penjawat awam adalah perkara lain tetapi keperluan dan keutamaan kita adalah memenuhi tuntutan rakyat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, yang dilapor berkata, parti itu akan mengecilkan jumlah penjawat awam serta mempercepatkan persaraan penjawat yang tidak efisien dengan alasan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

No comments:

Post a Comment