My Add

Monday 7 November 2011

Ambiga sedia temui KPN, polis rekod keterangannya

ISNIN, 07 November, 2011: Polis merekod keterangan bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Anbiga selama setengah jam di Pejabat Tenaganita, di Petaling Jaya bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program Seksualiti Merdeka. 

Empat pegawai polis dari IPD Brickfields dilihat memasuki premis berkenaan pada jam 4.05 petang sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian, lapor Bernama.

Ambiga bersedia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar minggu ini bagi membincangkan kontroversi program berkenaan.

Permohonannya mendapatkan temujanji sudah diserahkan kepada empat pegawai polis yang merekodkan kenyataan beliau,
kira-kira jam 4 petang tadi.

Polis juga mengambil keterangan seorang daripada penganjur program itu.

No comments:

Post a Comment