My Add

Sunday 20 November 2011

BN kekal sebagai jenama selagi dapat sambutan - Najib

AHAD, 20 November, 2011:
DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai satu jenama, Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sambutan rakyat selagi produk dan perkhidmatannya terus memenuhi kehendak masyarakat.

Perdana Menteri berkata, kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BNYJF) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur merupakan antara bukti jenama BN masih mendapat sambutan khususnya di kalangan generasi muda.

"Inilah yang dikatakan pengisiannya dan sekiranya kalau ada pihak yang sangsi pada peringkat awalnya, kot-kot BN ini tidak boleh kita pasarkan lagi, maka kesangsian mereka itu tersasar dan meleset kerana BNYJF mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan,” katanya semasa menutup program tiga hari itu hari ini.

Konsep jenama itu, kata Pengerusi BN itu, dapat juga diaplikasikan dalam pilihan raya terutamanya dalam melahirkan “calon boleh menang” yang boleh memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, ini termasuklah dalam memastikan calon yang dipilih dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment