My Add

Monday 7 November 2011

DAP tidak peduli nasib rakyat

ISNIN, 07 November, 2011: Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara membuktikan parti berkenaan tidak pernah mempedulikan nasib rakyat dan hanya mementingkan kuasa semata-mata.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, hasrat DAP itu juga membuktikan bahawa parti berkenaan telah gagal mempamerkan kredibiliti sebagai pemerintah sebelum berjaya menguasai negara ini.

“DAP belum pun memerintah negara lagi, mereka hanya memerintah Pulau Pinang sahaja tetapi timbul pula idea bodoh seperti itu yang hanya membebankan rakyat. Apa yang mereka fikirkan?

“Adakah mereka tidak sedar tindakan itu hanya memberi lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada rakyat. Kadar pengangguran negara akan meningkat dan apabila ia berlaku masalah lain membabitkan aktiviti sosial serta ekonomi juga akan terlibat.

“Kalau beginilah cara pemikiran pemimpin DAP, mereka telah gagal sejak dari awal lagi. Pemimpin seumpama ini tidak seharusnya dibenarkan memerintah kerana hanya akan menghancurkan negara sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Jurit, hasrat DAP itu juga membuktikan bahawa parti berkenaan mempunyai motif tertentu terutamanya apabila mengambil kira bilangan orang Melayu yang bertugas dalam sektor awam.

“Jadi, saya gesa semua kakitangan awam khususnya yang berketurunan Melayu, nilailah sendiri hasrat yang disuarakan DAP itu. Janganlah kita tersilap memilih pemimpin untuk mentadbir negara kerana kelak kita sebagai rakyat yang akan mengalami kerugian,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin memandang serius hasrat DAP tersebut.

“Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment