My Add

Wednesday 23 November 2011

Dua penyokong pasukan Indonesia maut ketika masuk stadium

JAKARTA, RABU, 23 Novenber, 2011: DUA orang penyokong pasukan Indonesia meninggal dunia sebelum sempat menonton final pertandingan bola sepak Sukan Sea di sini semalam.

Kedua-dua mangsa itu dilaporkan meninggal dunia kerana terperangkap dalam kesesakan penyokong yang berpusu-pusu mahu memasuki Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta.

Menurut laporan SAHARUDIN MUSTHAFA, insiden kematian dua penyokong pasukan Indonesia itu berlaku setengah jam sebelum perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia bermula.

Salah seorang daripada mangsa, Reno Alvino berusia 21 tahun berasal Cililitan, Jakarta Timur merupakan seorang pemuzik dari kumpulan DOT.

"Kami datang secara rombongan. Semua memegang tiket masing-masing. Yang tidak memiliki tiket juga memaksa diri untuk masuk ke stadium dan menolak kami.

"Ketika bersesak dengan penonton lain kami terpisah. Puas saya mencari Reno tapi tidak berjumpa. Tahu-tahu saja saya diberitahu Reno sudah tiada," cerita sepupu Reno, Helmi, 25, mengenai kematian saudaranya itu.

Sementara seorang lagi mangsa pula belum dikenal pasti identitinya kerana tidak terdapat sebarang tanda pengenalan diri padanya ketika kejadian itu.

Pada tubuh kedua-dua pemuda yang meninggal dunia itu masih mengenakan jersi pasukan Indonesia selain terdapat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh mereka.

Ketika kejadian itu juga, Helmi mendakwa, tidak ada seorang pun wakil daripada penganjur yang berada di lokasi.

Bahkan, pihak penganjur juga dakwanya tidak berusaha untuk membantu atau menemaninya menguruskan jenazah sepupunya itu.

Selain kematian dua penyokong itu, belasan penyokong lain pengsan semasa bersesak-sesak dalam lautan manusia yang memenuhi stadium berkenaan semalam. - Utusan Malaaysia

No comments:

Post a Comment