My Add

Wednesday 9 November 2011

Isu MAS: Sekretariat Kampung Baru dicabar kemuka bukti

RABU, 09 Novwmber, 2011: Sekretariat Pembangunan Kampung Baru dicabar mengemukakan bukti bahawa Lembaga Pentadbiran Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

"Dia akan keluarkan bukti? Keluarkanlah ...,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada pemberita, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi sekretariat Ahmad Zambri As”ad Khuzami yang dilapor sebuah portal berita sebagai berkata, sekretariat itu mempunyai bukti MAS masih berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata, MAS dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang secara langsung berada di bawah bidang kuasa kementeriannya, lapor Bernama.

”...Macam mana dia kata Selangor ada kuasa? Sedangkan ia adalah bidang tugas kerajaan pusat di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Dari segi kuasa merombak keanggotaan lembaga itu juga terletak di bawah kerajaan Persekutuan,” katanya.

No comments:

Post a Comment