My Add

Tuesday 8 November 2011

Jangan jadi pemimpin kalau tak mahu pikul beban - CUEPACS

SELASA, 08 November, 2011: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan Pusat sebagai idea yang jumud.

Sambil menentang cadangan itu habis-habisan Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea, lapor Bernama.

"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.

"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Omar mengulas kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina sebagai berkata, pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan. 

No comments:

Post a Comment