My Add

Tuesday 8 November 2011

Permohonan semakan kehakiman Malaysiakini 8 Disember

SELASA, 08 November, 2011: Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Disember depan untuk sebutan bagi permohonan semakan kehakiman oleh pengendali laman berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd, untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri tidak mempertimbangkan permohonan menerbitkan suratkhabar. 

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim, membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar permohonan peguam Aston Paiva dan Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hisham Ismail, lapor Bernama.

Aston, yang mewakili Mkini Dotcom ketika ditemui pemberita, berkata tarikh berkenaan juga ditetapkan bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Mkini Dotcom yang memfailkan permohonan itu pada 28 September tahun lalu, dalam permohonannya menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden. 

Menurut Mkini Dotcom pihaknya melalui pengarahnya, J Premesh sudah memohon permit penerbitan mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta 301 untuk menerbitkan harian Malaysiakini 

No comments:

Post a Comment